Repair Dan Servis Satria Neo Di Bengkel Dori-Dori Auto Works Shah Alam

Repair Satria Neo Di Bengkel Dori-Dori Auto Works Shah Alam

Dori Dori Auto Works antara bengkel automotif yang dikenali bagi peminat campro. Untuk satria neo ataupun kereta berengine campro, mereka inilah antara tempat yang layak dirujuk. Banyak bengkel yang aku pergi, jarang yang berpuas hati. So far ini antara bengkel terbaik.


Pergi Dori Dori Auto Works haritu sebab mileage dah lebih dari tarikh untuk servis berkala. Banyak benda yang aku runsing dengan satria neo aku ni. Pertamanya service berkala, kedua engine berbunyi-bunyi bila start engine waktu pagi atau pandu waktu hujan, ketiga aku rasa brake pad sudah haus sebab boleh dengar bunyi besi berseret disk brake dan keempat reverse sensor dah tak berfungsi.

Repair Satria Neo Di Bengkel Dori-Dori Auto Works Shah Alam
Untuk servis aku guna minyak hitam  yang disarankan oleh Dori-Dori Auto Works. Harga Dori’s Lube RM138.00 khas untuk kereta engine campro. Engine satria neo jadi lebih sedap lepas tukar minyak ni. Ada sesiapa berminat untuk mencuba atau nak beli minyak ini boleh contact Abang Shaiful : 016-270 8995 (pemilik Dori Dori Auto Works)


Bila nak tukar brake pad kena buat skimmed disk sebab disk dah bercalar teruk kena brake pad yang dah haus. Skimmed disk untuk melicinkan, meratakan semula permukaan disk brake, supaya bila tukar brake pad baru nanti tidak berlaku judder antara brake pad dengan disk brake dalam masa yang sama memanjangkan lagi hayat brake pad. Kos skimmed disk RM70.00 untuk dua side.

Repair Dan Servis Satria Neo Di Bengkel Dori-Dori Auto Works Shah Alam
Korang mesti tension kan lepas basuh kereta rim korang berdebu hitam. Jadi korang boleh bertukar kepada brake pad yang menghasilkan kurang debu hitam. Harga brake pad RM220.00. Selesai sudah bunyi-bunyi sebab kehausan brake pad.

Repair Dan Servis Satria Neo Di Bengkel Dori-Dori Auto Works Shah AlamInilah rupa suis reverse sensor. Ada bengkel aku pernah pergi di Dengkil dia kata harga untuk suis reverse sensor ni dalam RM250.00. Nasib baik aku tak terus tukar. Harga untuk suis reverse sensor ni cuma RM68.00 je. Peh, jauh tu beza!

Repair Dan Servis Satria Neo Di Bengkel Dori-Dori Auto Works Shah Alam
“Bang, serius ke harga reverse sensor ni 68 ringgit!?”

“Kenapa? mahal sangat ke??

“Ada bengkel charge 250 ringgit kat saya bang!”

“Hmm ok la cincai 200 sudah… hahahaha gile la kalau tahu tadi aku caj 200. Bengkel mana kau pergi?”

“Area Dengkil.. Sumpah tak pergi dah bengkel tu..”


Repair Dan Servis Satria Neo Di Bengkel Dori-Dori Auto Works Shah Alam
Drive Belt inilah yang buatkan bila start engine waktu pagi (time sejuk) atau tengah drive waktu hujan ada bunyi chit..chit..chit.. Sama ada dia dah keras atau dia longgar. Eh betul ke drive belt? aku cakap belting je. Belt ni kalau boleh nampak, ianya sudah haus dan keras, nampak tak macam merekah-merekah? Harga belting ni RM90.00. Pastikan tukar belting yang berkualiti supaya lebih tahan lama.


Alang-alang dah servis kalau rasa kereta dah lama guna atau rasa macam sebu, lembab atau lambat respon (kurang pickup) eloklah buat sekali servis cuci throttle body dengan tuning engine kos lebih kurang RM50.00.


Meh tengok kos keseluruhan:

 

1.

Dori’s Lube

RM

138.00

2.

Labour Charge

RM

25.00

3.

Skim Disks

RM

70.00

4.

Brek Pad

RM

220.00

5.

Suis Reverse Sensor

RM

68.00

6.

Polish Throttle Body & Tuning

RM

50.00

7.

Belt

RM

90.00

    
 

TOTAL 

RM

650.00

 
Serius puas hati. Kereta macam segar kembali. On the way nak balik, try tekan minyak bagi cecah 180KM/J sekejap je pecut, kalau nak banding dulu, nak naik 180KM/J tu aduish lemau gile.. Last tuning engine tahun 2009 dah berkurun dahulu.

Jadi kalau kereta korang lemah tenaga batin meh buat polish throttle body dengan tuning engine.

Bengkel Dori Dori Auto Works:


Alamat Bengkel:

No.8, Jalan Nilam 1/3,
Subang HI-TECH Industrial Park,
Batu 3, 40000 Shah Alam
Selangor Darul Ehsan

---------------------------------------------

Tel: +6016 270 8996 [Abang Shaiful]

 

Harap harga-harga di atas boleh menjadi rujukkan atau garis panduan bagi korang yang tertanya-tanya berapa harga sebenar sesebuah alat ganti. Harganya mungkin berlainan di tempat lain. Pandai-pandailah korang membuat kira-kira dan keputusan.



** Artikel ini diterbitkan pada tahun 2015 disunting semula. Harga servis yang tertera mungkin sudah berubah bergantung pada keadaan semasa.**

Post a Comment

Terima Kasih Komen.. ^__^

Previous Post Next Post