Kamal Adli dan Uqasha Senrose Sah Suami Istei Bernikah 5 November Lalu.

Kamal Adli dan Uqasha Senrose Nikah, Kamal Adli dan Uqasha Senrose Kawin, Kamal Adli, Uqasha Senrose, Utusan Malaysia Online, Astro Gempak,

Selepas sebulan berteka-teki mengenai status perkahwinan, pasangan sensasi, Kamal Adli, 35, dan Uqasha Senrose, 29, akhirnya mengumumkan sudah sah bergelar suami isteri pada 5 November lalu.

Kedua-dua aktor dan aktres tersebut difahamkan telah melangsungkan pernikahan dalam sebuah majlis tertutup pada tarikh berkenaan.

Pasangan mempelai dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan, Nik Sen Mat Ripin di sisi jurunikah Tuan Izzuddin Abdul Mutalib tepat jam 9.39 pagi.


Pada majlis bertemakan dalam taman itu, Kamal atau nama sebenarnya Ahmad Kamal Ahmad Adli, 35, menyerahkan wang tunai RM22.50 sebagai mas kahwin. Uqasha atau nama sebenarnya Nik Zaris Uqasha Nik Sen, 29, menerima tujuh dulang hantaran berbalas tujuh daripada pihak Kamal.

Dalam majlis yang diadakan seawal 7.30 pagi itu, beberapa wajah popular turut menjadi saksi upacara pernikahan mereka antaranya adik-beradik Uqasha, Idayu, Datin Nina Juren dan Michael Ang. Hampir 100 tetamu yang terdiri daripada sanak-saudara serta kenalan kedua-dua mempelai turut hadir.

Pasangan pengantin kelihatan cukup cantik dan segak bergaya mengenakan persalinan daripada pereka Shanell Harun.

Kamal Adli dan Uqasha Senrose Nikah, Kamal Adli dan Uqasha Senrose Kawin, Kamal Adli, Uqasha Senrose, Utusan Malaysia Online, Astro Gempak
Terdahulu, pasangan ini mengikat tali pertunangan pada April lalu dalam majlis tertutup di sebuah hotel di ibu negara.

Kamal membuat kejutan apabila melamar Uqasha secara langsung pada siaran Anugerah MeleTOP Era 2020 (AME 2020) yang berlangsung Disember tahun lalu.

Hubungan cinta mereka mula menjadi perhatian peminat selepas digandingkan dalam sebuah drama arahan Michael Ang berjudul, Setelah Terlafaznya Akad. - SITI ATHIRAH DZULKIFLY


Post a Comment

Terima Kasih Komen.. ^__^

Previous Post Next Post