Hallerbos, Hutan Biru Ajaib Yang Sangat Mempesona

Hallerbos, Hutan Biru, Magical Forest

Hallerbos ialah salah satu tarikan semula jadi yang paling indah di Belgium - hutan yang yang sangat mempesonakan seluas lebih 552 hektar yang kebanyakkanya terdiri daripada pokok bic, oak dan maple.

Hutan Biru Hallerbos mendapat nama jolokan daripada fenomena yang berlaku pada musim bunga. Hutan itu akan dilitupi dengan permaidani biru yang luar biasa hasil daripada bunga hyacinths dan bluebells yang mekar serentak.

Magical Forest, Blue Forest, Hutan Biru, Hallerbos

Hutan biru Hallerbos ini terletak hanya 9 batu dari bandar Brussels, berhampiran perbandaran Halle, kawasan Flanders di sempadan dengan Wallonia.

Hutan Hallerbos, atau Hutan Biru, bagai permaidani yang luar biasa dengan hyacinth liar, daripada spesies Hyacinthoides, menyajikan pandangan yang benar-benar seperti cerita dongeng. mekar warnanya yang hanya bertahan beberapa minggu, dari pertengahan bulan April sehingga akhir Mei. 

Magical Forest, Blue Forest, Hutan Biru, Hallerbos

Fenomena ini bukan sesuatu pemandangan yang luar biasa di Eropah, hutan serupa Hallerbos juga boleh dilihat di Perancis, Ireland dan Great Britain, tetapi kepadatan dan keindahan bunga di tempat ini pastinya lebih unik.

Setiap tahun beratus-ratus pelancong dan pencinta alam datang menyelami hutan Hallerbos untuk melihatdan menikmati pemandangan bunga biru bermusim yang menakjubkan. Hutan ini penuh dengan laluan yang mencabar, kawasan berkelah kecil yang merata dan boleh diselusuri dengan basikal atau pun menunggang kuda. 

Magical Forest, Blue Forest, Hutan Biru, Hallerbos

Selain kagum dengan suasana bunga-bunga biru, kawasan hutan ini juga mempunyai hampir 100 jenis burung dan menjadi rumah pada tupai, musang dan juga rusa.

Magical Forest, Blue Forest, Hutan Biru, Hallerbos

Hallerbos adalah kawasan yang dilindungi demi "keajaiban" hutan biru ini terjaga. Pelawat diminta untuk mematuhi peraturan yang mudah, yakni mereka tidak dibenarkan memetik bunga dan dilarang sama sekali untuk keluar dari laluan yang ditetapkan.

Supaya tidak dikenakan denda yang berat kerana gagal mematuhi arahan, sebelum pergi ambil tahu dan fahami dulu segala info dan arahan yang terdapat dilaman rasmi Hallerbos.

Website Rasmi : Hallerbos

Post a Comment

Terima Kasih Komen.. ^__^

Previous Post Next Post