Header Ads

Jom Belajar

Ooh Menarik! Tandas Awam Pandang Tembus Di Tokyo Jepun.

Tandas Awam Pandang Tembus Di Tokyo Jepun

Seriuslah ada tandas pandang tembus boleh nampak mangkuk dari luar

Jepun dengan teknologi yang meraka ada, cara mereka berfikir memang berlainan dari negara-negara maju lain. Tandas pandang tembus yang diletakkan di Shibuya, Tokyo Jepun benar-benar menjadi perbualan hangat di media sosial.

Menggunakan teknologi "kaca pintar" membenarkan pengguna untuk melihat dahulu tahap keselamatan dan kebersihan tandas sebelum masuk menggunakannya.

Siapa yang bijak sangat cipta tandas pandang tembus ni?

Jepun sudah lama ber'experiment' dengan tandas-tandas yang ada. Antaranya penutup jamban boleh buka dan tutup secara automatik tanpa perlu menyentuh dan tempat duduknya akan hangat sejurus pengguna duduk menggunakan jamban.

Tandas Awam Pandang Tembus Di Tokyo Jepun

Tandas pandang tembus ini direka oleh arkitek Shigeru Ban pemenang Pritzker Prize. Ianya diperbuat daripada kaca pintar dimana kaca tersebut akan berubah menjadi legap sejurus pengguna masuk menggunakan tandas.

Bagaimana jika tandas pandang tembus ni tiba-tiba gagal berfungsi? 

Apabila pengguna telah memasuki tandas pandang tembus ini dan di kunci dengan betul, kaca tersebut akan berubah menjadi legap. Ciri tandas pandang tembus ini dijana oleh kuasa elektrik, sebaik sahaja ada pengguna keluar dan pintu tidak lagi berkunci, arus elektrik akan mengubah kristal yang terdapat dalam kaca, membenarkan lebih cahaya masuk maka terhasil lah kaca pandang tembus.

Tandas Awam Pandang Tembus Tokyo Jepun

Jika tandas pandang tembus ini tiba-tiba gagal berfungsi, secara lalai (default) kaca pintar tersebut bertukar legap.

Dah berapa banyak tandas pandang tembus ni berada di Jepun?


Buat masa ini, tanda pandang tembus ini telah dipasang di dua lokasi Taman Komuniti Haru-no-Ogawa dan Taman Mini Yoyogi Fukamachi. Projek ini dibangunkan oleh The Nippon Foundation, dan mereka berharap dapat membina lebih banyak tandas awam yang boleh digunakan oleh orang ramai.

Mesti menarik kalau boleh tengok dengan mata sendiri bagaimana tandas pandang tembus ini berfungsi.


Nak pergi tengok sendiri tandas pandang tembus ni di Tokyo buat masa sekarang ni mungkin mustahil. Tidak mengapa boleh tonton dulu video ni. Lihat sendiri bagaimana tandas pandang tembus ini berfungsi.


Menarikkan? Berharap boleh bawa teknologi macam ni kat Malaysia.

Artikel berkaitan:
.


No comments

Terima Kasih Komen.. ^__^

Powered by Blogger.