Subscribe Us

Header Ads

Lilu, Anak Kucing Kecil Yang Tiada Harapan Untuk Hidup Lama Seperti Kucing Lain

 

Anak Kucing Terkecil DuniaKisahnya berlaku hampir setahun yang lalu, dimana ketika itu Shayna dan suaminya dikejutkan dengan bunyi ketukkan pintu. Ketukan yang bakal mengubah hidup beliau dan juga suaminya. Bila mereka buka sahaja pintu, mereka dapati jiran mereka menyerahkan sesuatu. 

Pada padangan mata mereka, mereka nampak ada seekor makhluk kecil yang menyerupai seperti seekor tikus. Bila mereka amati betul-betul, mereka hampir tidak percaya ianya adalah anak kucing yang baru lahir! dan ianya anak kucing paling kecil pernah mereka lihat!


Anak Kucing Terkecil Dunia

Anak kucing tersebut kematian ibunya dan ia merupakan satu-satunya yang tinggal. Tiada yang lain. Jiran Shayna menyerahkan anak kucing itu kepadanya kerana mereka tahu yang Shayna dan suami amat suka pada haiwan, dan akan buat apa sahaja untuk memelihara anak kucing kecil yang malang itu.

Lantas dengan segera Shayna membawa anak kucing itu masuk ke dalam rumah untuk memastikan yang ia selamat dan tidak kesejukkan. Mereka memberikan nama Lilu.

Anak Kucing Terkecil Dunia
Hari berganti hari, kemana sahaja Shayna dan suaminya pergi mereka pasti akan membawa Lilu. Termasuk lah pergi bercuti musim panas.

Anak Kucing Terkecil Dunia

Anak Kucing Terkecil Dunia
Keluar makan aiskrim pun membawa Lilu, namun si kecil Lilu hanya tidur sepanjang masa.

Anak Kucing Terkecil Dunia

Anak Kucing Terkecil Dunia
Di rumah, Lilu suka berada disamping anjing-anjing Shayna dan suami. Anjing-anjing mereka tak pasti apa nak kena buat dengan Lilu. Dengan memberi botol setiap selang satu jam, dan beribu-ribu kali belaian terhadap Lilu, mereka sedar mereka sedang membina hubungan yang sangat rapat.

Anak Kucing Terkecil Dunia
Setelah lebih kurang seminggu, tiada perubahan pada berat badan. Berat Lilu tidak bertambah, Shayna dan suaminya membawa Lilu berjumpa doktor veterinar untuk memeriksa keadaannya, memandangkan mereka tidak tahu akan asal usul Lilu. 

Doktor memberitahu, teruskan usaha menjaga Lilu dan bawa semua Lilu ke veterinar jika terdapat sebarang masalah.

Anak Kucing Terkecil Dunia
Pada minggu kedua, badan Lilu masih tidak membesar namun ia dilihat bertambah kuat. Lebih energetic dan sudah mula belajar berjalan.

Anak Kucing Terkecil Dunia
Shayna dan suaminya berharap yang Lilu mampu mengharungi hidup dan terus membesar sihat seperti anak kucing yang lain, namun pada suatu malam Shayna bangun untuk memberi Lilu susu, hatinya luluh apabila mendapati Liu sudah tidak bernyawa lagi. Lilu mati dalam tidur.

Anak kucing kesayangan mereka sudah tiada lagi. Lilu sempat bersama mereka selama tiga minggu, namun kenangan bersama Lilu akan mereka ingat sampai bila-bila.

Post a Comment

3 Comments

Terima Kasih Komen.. ^__^