Header Ads

Jom Belajar

Cara Perbaharui Lesen Memandu Secara Online Yang Perlu Kita Tahu!

Cara Perbaharui Lesen Memandu Secara Online Yang Perlu Kita Tahu!

Tarikh Perlaksanaan Memperbaharui Lesen Kenderaan Motor.

Pada 1 Oktober lalu, Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) mengumumkan bahawa pembaharuan Lesen Kenderaan Motor (LKM) motosikal secara atas talian melalui sistem myEG akan dilaksanakan bermula 9 Oktober 2020. Sementara itu, bagi Lesen Memandu Kompeten (CDL) pula akan dilaksanakan secara atas talian bermula 16 Oktober 2020. Namun ini tidak termasuk bagi Lesen Belajar Memandu (LDL) dan Lesen Memandu Percubaan (PDL).

Inisiatif Kerajaan Untuk Mendigitalisasikan Perkhidmatan.

Pelaksanaan ini merupakan suatu inisiatif kerajaan untuk mendigitalisasikan perkhidmatan sedia ada kepada orang ramai selaras dengan amalan norma baharu yang praktikal. Kaunter tidak perlu bersesak dengan orang ramai untuk memperbaharui lesen memandu.

Pada waktu kini, perkhidmatan atas talian melalui sistem myEG adalah bagi urusan pembaharuan LKM bagi kereta persendirian sahaja. Pada tempoh Perintah Kawalan Pergerakan yang lalu, beberapa perkhidmatan JPJ telah terganggu disebabkan penutupan kaunter JPJ akibat pandemik Covid-19 yang sedang melanda negara kita. 

Cara Perbaharui Lesen Memandu Secara Online Yang Perlu Kita Tahu!

Justeru, melalui inisiatif ini perkhidmatan JPJ akan menjadi lebih cekap dan efisyen bagi memastikan  rakyat menerima perkhidmatan yang berkualiti dan terbaik.

Berikut adalah cara-cara memperbaharui lesen memandu secara online yang perlu kita tahu.

Cara Perbaharui Lesen Memandu Secara Online yang Perlu Kita Tahu!

1. Create an account. Layari laman sesawang MyEG

Sila layari laman sesawang MyEG yang sah www.myeg.com.my, sila klik pada Create an accout. Bagi mereka yang sudah mempunyai account MyEG boleh skip terus ke langkah 4 - Login account MyEG.
Cara Perbaharui Lesen Memandu Secara Online Yang Perlu Kita Tahu!

2. Sila isi borang e-SERVICES Account. Pilih account type.

Tick pada account type : Individu kemudian penuhkan info yang diperlukan di borang e-SERVICES, sesudah itu jangan lupa tick pada reCAPTCHA dan consent. Bila rasa semua info dah lengkap klik submit.

Cara Perbaharui Lesen Memandu Secara Online Yang Perlu Kita Tahu!

3. Activate your account

Bila dah submit akan keluar paparan untuk activate account MyEG anda. Activation code secara automatik telah dihantar ke email anda.
Cara Perbaharui Lesen Memandu Secara Online Yang Perlu Kita Tahu!Salin dan isi activation code yang telah kita dapat di email ini digambarajah di atas. Kemudian klik Activate Account.
Cara Perbaharui Lesen Memandu Secara Online Yang Perlu Kita Tahu!


4. Login Account MYEG

Bagi mereka yang belum ada account MYEG sila bermula dari langkah 1 - Create an account. Apabila account sudah active anda boleh terus login ke account MyEG.
Cara Perbaharui Lesen Memandu Secara Online Yang Perlu Kita Tahu!4.1 Bila dah login klik pada box Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ)
Cara Perbaharui Lesen Memandu Secara Online Yang Perlu Kita Tahu!

4.2 Kemudian klik pada Driving License Renewal CDL
Cara Perbaharui Lesen Memandu Secara Online Yang Perlu Kita Tahu!

4.3 Baca Syarat Permohonan CDL kemudian klik PROCEED/TERUSKAN
Cara Perbaharui Lesen Memandu Secara Online Yang Perlu Kita Tahu!

4.4 Isi Maklumat Pengguna pilih orang awam.
Cara Perbaharui Lesen Memandu Secara Online Yang Perlu Kita Tahu!

4.5 Pilih Tempoh Pembaharuan, berapa tahun nak perbaharui lesen dan pilih Kaedah Pengambilan, nak penghantaran kerumah atau ambil sendiri di Pusat e-Khidmat.
Cara Perbaharui Lesen Memandu Secara Online Yang Perlu Kita Tahu!

4.6 Jika pilih untuk penghantaran ke rumah sila isi ruang kosong selanjutnya. Bila dah lengkap, klik PROCEED/TERUSKAN
Cara Perbaharui Lesen Memandu Secara Online Yang Perlu Kita Tahu!


4.7 Sila pastikan maklumat dipaparan ini betul dan tiada salah, kemudian klik PROCEED/TERUSKAN
Cara Perbaharui Lesen Memandu Secara Online Yang Perlu Kita Tahu!

4.8 Tick pada persetujuan di bawah jika benar-benar setuju dengan maklumat dan gambar yang akan dicetak pada lesen. Kemudian klik PROCEED/TERUSKAN
Cara Perbaharui Lesen Memandu Secara Online Yang Perlu Kita Tahu!

5. Pilih Bayaran

Dibahagian pembayaran anda boleh pilih samada menggunakan e-Cash (MyEg Prepaid Account) ataupun other payment (credit card, online banking). Tapi kalau anda jarang menggunakan MyEg lebih baik gunakan sahaja online banking.
Cara Perbaharui Lesen Memandu Secara Online Yang Perlu Kita Tahu!


Cara Perbaharui Lesen Memandu Secara Online Yang Perlu Kita Tahu!
Cara Perbaharui Lesen Memandu Secara Online Yang Perlu Kita Tahu!
Cara Perbaharui Lesen Memandu Secara Online Yang Perlu Kita Tahu!



Cara Perbaharui Lesen Memandu Secara Online Yang Perlu Kita Tahu!

Bila pembayaran sudah berjaya jangan lupa simpan resit e-Khidmat MyEG. Pihak MyEG akan menghubungi anda untuk proses penghantaran lesen kepada anda.
Cara Perbaharui Lesen Memandu Secara Online Yang Perlu Kita Tahu!

Selagi covid-19 masih menjadi ancaman pada rakyat dan negara, inisiatif memperbaharui lesen memandu secara online ini memang harus kita semua sahut dengan baik. Ini bagi mengelakkan rakyat beramai-ramai bersesak di kaunter JPJ ataupun pejabat pos untuk memperbaharui lesen memandu. Dalam masa yang sama tidak membuang masa yang lama menunggu giliran untuk memperbaharui lesen memandu di kaunter.



No comments

Terima Kasih Komen.. ^__^

Powered by Blogger.