Saturday, October 24, 2020

Resepi Murtabak Maggie Sedap Dan Mudah Disediakan

0

 

Resepi Murtabak Maggie Sedap Dan Mudah Disediakan

Resepi Murtabak Maggie Sedap Dan Mudah Disediakan

Kepada resepi murtabak maggie ini sedap dan mudah disediakan

Pertamanya tak perlu nak sediakan apa-apa bahan untuk menumis. Guna sahaja perencah yang terdapat dalam bungkusan maggie. Terpulang nak guna maggie perisa apa. Maggie perisa kari boleh, perisa ayam boleh, perisa asam laksa pun boleh. Nak best aku suka perisa tomyam!

Bila sebut je maggie semua jenis mee segera berbungkus di pasaran jatuh dalam kategori maggie, tak kira la Mi Sedap ke, Mamee Chef ke, Indo Mie ke, Mie Cintan ke semua orang panggil maggie.

Resepi Murtabak Maggie Sedap Dan Mudah Disediakan


Resepi murtabak maggie sedap dan mudah disediakan guna Mamee Chef.

Aku guna mamee chef sebab mee dia lebih kenyal dari maggie. Perisa tomyam dia memang padu, katanya standard baru untuk mee segera. Sebab iklan ni la aku beli mamee chef.



Resepi murtabak maggi sedap dan mudah disediakan.

Bahan utamanya sudah tentulah mee. Aku guna 2 bungkus mamee chef mengikut tahap lapar masa tu. Untuk 2 bungkus mamee chef, 4 butir telur ayam diperlukan. Tak perlu nak menumis apa bagai, gunakan je perencah yang terdapat dalam bungkusan mamee chef.



Gaul sehingga sebati kesemua bahan, kalau nak pedas boleh masukkan cili api hiris halus-halus. Kalau ada nak letak sayur-sayuran lain pun boleh, campak je sayur campur yang ada kacang peas, jagung dengan lobak tu.

Resepi Murtabak Maggie Guna Pemanggang Ajaib

Sebelum ni resepi makaroni bakar pun aku guna pemanggang ajaib sebab ianya berguna kalau kita tiada oven. Memudahkan dan senang nak flip murtabak. Resepi Mudah Makaroni Bakar Dengan Hanya Menggunakan Magix Pan!

Resepi Murtabak Maggie Sedap Dan Mudah Disediakan

Resepi Murtabak Maggie Sedap Dan Mudah Disediakan

Resepi Murtabak Maggie Sedap Dan Mudah Disediakan

Bila bawah dah masak tak perlu nak flip guna sudip, hanya terbalikkan je pemanggang ajaib. Tunggu yang bawah yang baru dibalikkan tadi pula masak. Lepas tu siap! boleh potong dah makan tak perlu hidang kalau makan seorang.



Siapa ada pemanggang ajaib? atau masih simpan pemanggang ajaib atau ada resepi menggunakan pemanggang ajaib? meh kongsi cerita dengan tinggalkan link di ruang komen.

Author Image
AboutOoh Deo

Konten di dalam My Storyline ditulis sepenuhnya oleh Deo selaku empunya blog ini. Sebarang pertanyaan boleh email terus ke deostoryline@gmail.com

No comments:

Post a Comment