Rehan, 9 Tahun Berjalan Sejauh 10km Setiap Hari Menjadi Maskot Untuk Membantu Keluarga
byDeo•
4
Rehan Berjalan Sejauh 10km Setiap Hari Menjadi Maskot Untuk Membantu Keluarga
Kenapa Rehan Perlu Bangun Seawal Pagi.
Rehan kanak-kanak berusia 9 tahun perlu bangun seawal pagi dan berjalan sejauh lebih 10 kilometer menuju ke jalan Gatot Subro, Jakarta Selatan agar dia tidak terlepas mempamerkan aksi maskotnya kepada orang ramai yang mula berkejar ke tempat kerja masing-masing.
Seperti mana aksi badut jalanan, tugas Rehan seawal pagi untuk menghiburkan warga kota semasa mereka terperangkap didalam kesibukkan lalu lintas. Dan Rehan beritahu setiap hari dia akan menukar karektor maskot yang berlainan agar 'penontonnya' tidak berasa jemu dengan aksi idea yang sama. Antara karektor maskot yang pernah Rehan pamerkan ialah Dora the Explorer, Upin and Ipin, Spongebob Squarepants dan banyak lagi.
Kenapa Rehan Perlu Menjadi Badut Jalanan.
Rehan memberitahu, duit yang dia peroleh dari orang awam sedikit sebanyak dapat menampung keperluan hariannya disamping dapat membantu ibunya membayar duit sewa rumah yang mereka diami. Pendapatan daripada kerja ibunya hanya cukup-cukup untuk membayar sewa rumah, jadi tidak cukup untuk membeli keperluan lain.
"Uangnya lumayan. Bisa beli nasi bungkus untuk dibawa pulang ke rumah." tutur Rehan
Rehan mengaku dengan berjalan sejauh 10 kilometer sehari memang memenatkan buat dirinya namun dia tetap melakukan pekerjaan tersebut demi membantu ibunya dan itu yang membuatkan Rehan gembira.
Kisah Rehan ini telah dimuatnaik di laman instagram @rhmadii__ dan mendapat lebih 14,472 views. Secara tidak langsung kisah Rehan menjadi viral di laman sosial dan warga net sesuai dengan misi instagram rhmadii, "Membantu Mempromosikan Pedagang Kecil Yang Berada Dipinggir Jalan Agar Mereka Makin Banyak Dikenal Orang."
Kesimpulan yang kita boleh belajar dari adik Rehan.
Kuat semangat adik Rehan ni, bangun seawal pagi dan berjalan sejauh 10 kilometer demi kelangsungan hidup. Pakai baju maskot tu dah tentu berat dan juga panas. Semoga adik Rehan diberi rezeki yang tidak pernah putus dan berjaya dalam hidup.
Jadi apa alasan kita untuk menyerah kalah dengan kehidupan yang penuh ujian?
Semoga adik Rehan dilimpahi dengan rezeki yang berpanjangan atas usahanya yang gigih. Aaminn
ReplyDeleteBukan mudah nak berjalan jauh dan pakai maskot tu setiap hari.
betul dengan panas dn beratnya lagi..
DeleteBagusnya rehan..boleh jd contoh yg baik utk ank muda zaman skg ni!
ReplyDeletedemi kelangsungan hidup.. kalau kita menyerah je pada takdir habis la tak makan..
Delete