Penapis Air Cuckoo Model Iris Top Akhirnya Jadi Pilihan


Berbulan juga aku ambil masa nak buat keputusan samada penapis air Cuckoo atau Coway. Akhirnya penapis air cuckoo iris top akhirnya menjadi pilihan. Pada aku, zaman sekarang ni penapis air merupakan salah satu daripada keperluan penting yang perlu ada di setiap rumah.

Kenapa Aku Perlukan Penapis Air Cuckoo

Tak perlu nak masak air.

Perkara pertama yang aku buat keputusan untuk memiliki penapis air ni adalah sebab setiap hari rasa leceh nak kena jerang air panas semata nak buat secawan nescafe. Setakat dua tiga cawan berapa liter je yang nak guna, maka yang selebihnya tuang dalam termos, selepas beberapa jam air dalam termos dah tak panas. Simpan buat air masak.

Setiap kali nak buat air masak, berapa lama nak kena tunggu air mendidih? lepas tu nak kena tunggu sejuk dulu baru boleh buat minum. Tak berapa rajin nak jerang air berkali-kali untuk jadikan air minum.

Jadi bila dah ada penapis air ni dah tak perlu nak masak air. Kehidupan harian jadi lebih mudah dan cepat. Tambah-tambah jika penapis air ada suhu sejuk, suam dan panas. Orang datang rumah senang nak buat air, paling bermanfaat jika family yang ada baby, senang nak buat susu.

Kebersihan air, tak perlu lagi beli air mineral.

Kedua, faktor kebersihan air. Selalu bila keluar kemana-mana memang akan beli air mineral, jadi bila dah ada penapis air ni dah tak perlu dah nak kena beli air mineral. Sediakan botol je. Dah jimat tak perlu nak keluar duit beli air mineral.

Dua inilah faktor terbesar kenapa aku perlukan penapis air.

Kenapa Pilih Penapis Air Cuckoo Model Iris Top

Reka bentuk model iris top.

Serius aku suka design dia..hahaha.. reka bentuk penapis air pun memainkan peranan penting ok untuk aku buat pilihan. Di Cuckoo banyak lagi model lain yang boleh dipilih. Boleh tengok contoh dalam gambar dibawah ni.



Harga promosi lebih murah.

Harga mungkin berbeza sebab cuckoo ni kadang-kadang ada waktu promosi dia. Jadi bila ada promosi cepat-cepat grab, sebab harga promosi jauh lebih murah dari harga asal. Ciri-ciri iris top aku taknak cerita sangat, korang boleh layari laman web cuckoo.com.my kalau nak tengok lebih terperinci. Di web tersebut korang boleh buat perbandingan model penapis air yang mana korang suka.

Ejen Cuckoo peramah dan membantu dalam buat pilihan.

Masa mula-mula dah buat keputusan untuk memiliki penapis air, aku hubungi salah seorang ejen cuckoo. Aku hampir nak kena tipu bila ejen tersebut bilamana dia kata masa hari pemasangan aku perlu bayar RM265. Setahu aku pemasangan penapis air cuckoo tak perlu bayar apa-apa. Maka aku hold dulu untuk deal dengan ejen ni.

Dua tiga hari scroll facebook, terjumpa dengan blogger yang juga ejen cuckoo. Kata beliau sepanjang dia jadi ejen memang tiada sebarang caj dikenakan kepada pelanggan. Pelanggan cuma bayar harga bulanan penapis air sahaja.

Pada sesiapa yang berminat nak memiliki penapis air boleh hubungi ejen dibawah ni:
Whatsapp: Cuckoo by YB Shehan
Instagram: ybshehan.cuckoo
Shop Now: Cuckoo Store

Sudah 4 Bulan Menggunakan Penapis Air Model Iris Top

Sekarang sudah hampir 4 bulan menggunakan penapis air cuckoo model iris top, dan hari ini merupakan appoint pertama untuk servis penapis air iris top. Terbaik servis diorang. Memandangkan sekarang ni kita sedang di landa covid-19 sebelum memulakan servis penapis air, diorang mulakan dengan sanitation dahulu. 

Sanitation wonderKlean dari cuckoo ini free!


Jadi kesimpulannya setelah memiliki penapis air cuckoo model iris top ini, aku tak perlu nak menunggu jerang air panas, nak kacau air jadi mudah dan tak buang masa, tekan je terus keluar air panas. Jimat masa dan tenaga. Selain faktor keselamatan dan juga kebersihan air.

Jadi apa alasan korang memilih untuk ada satu penapis air dirumah?

4 Comments

Terima Kasih Komen.. ^__^

  1. belum ada lagi penapis air kat rumah... hihihi

    ReplyDelete
  2. Prince Top tu cantik sebab rose gold. Lain dari yang lain.

    ReplyDelete
  3. Teringin juga nak pakai. Bosan tetiap minggu angkut air dari mesin jual air tu

    ReplyDelete
Previous Post Next Post